Salam semua kepada pengunjung blog aku ni. Aku nak mintak maaf kat semua kerana sudah hampir 2 minggu aku tak aktif berblogging. Seriously aku cakap kat korang semua, aku memang sibuk 2 3 minggu ni. Biasa la kalau tengah belajar lagi kan, assignment mesti la banyak. Tambahan pula final exam semakin hampir, so pensyarah pun mula suruh hantar assignment. Itu sebab yang jadi sibuk aku untuk bulan ni...
Tapi takpe sebab, dalam sibuk-sibuk pun aku tetap cari masa nak update blog aku ni. Ok, da jauh aku merapu ni, berbalik pada tajuk entri aku tu. Malam Anugerah Kinabalu. Mesti korang tak tahu kan pasal ape entri aku kali ni lebih2 lagi yang tak pernah belajar kat UM. Tapi tak apa sebab aku aku story la sikit kat korang tentang ni.
Kalau korang nak tahu, kat dalam UM ada 12 kolej kediaman. Semua kolej ada nama dan salah satunya ialah Kolej Kediaman Kinabalu. Ini kolej aku menetap la kt UM ni. Biasanya setiap kolej akan mengadakan satu dinner yang bagi menghargai penduduk-penduduk kolej yang telah berjasa dan mengharumkan nama kolej. Itulah event dinner yang dipanggil "Malam Anugerah Kinabalu"....@MAK...
Kali ni, MAK telah diadakan di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Mula-mula dengar nama dewan perdana felda aku ingat biasa2 je, tapi sekali dah masuk dewan tu, fuhhh!!!memang cantik la..macam kat hotel pulak aku rase.Tema untuk MAK kali ni pulak ialah "Strive Towards Excellent". Malam tu memang semua pakai ala2 vip la. Aku biasa2 je...hehe..
ni la tempat dinner kitaorang
haha...ni lah aku(poyo gila) Member2 aku yang dok semeja..
Walaupun aku dan member2 aku tahu yang kitaorang bukan dapat anugerah apa2 pun pada malam tu, tapi kitaorang da set dah dalam kepala masing2 ni yang kitaorang nak enjoy je pada malam tu. Sebab kitaorang pun bayar gak untuk gi dinner tu and that's our night, so enjoy sudah....hehe...
Apa yang aku boleh cakap, memang havoc la meja aku pada malam tu. Tak peduli dah kat orang len. Makanan yang disediakan pulak memang sedap la tambahan pula dengan kitaorang ni yang perut sorang2 macam tangki besar. Macam tak cukup pun ada gak makanan yang dia sediakan ni..haha..semua kat meja aku tu lapar dari petang lagi kitaorang tak makan. Letak je satu lauk, tak sampai 5 minit, licin!!...haha..betapa ganasnya kitaorang. Tapi enjoy la..
Kitaorang lapar!!..hehe Kasi licin semua!!
Dalam pukul 11 camtu event tamat, perut pun da kenyang. Macam-macam lauk yang masuk kat perut ni. Sesi amik gambar la pulak. Benda wajib ni, da pakai smart2..mesti la kene bergambar kan. Kalau tak rugi la. Tapi yang sedihnya tak leh amik gambar lama2 sebab bas yang angkut kitaorg ke dewan tu da nak jalan, so terpaksalah naik bas..
Sampai kat kolej dalam kul 1 jugak la. Semua orang penat je aku tengok, sampai2 je aku bukak la fb..tengok2 ramai member aku online sebab dok upload gambar2 baru..hehe. Bila da ngadap fb tu penat pun boleh hilang..kan?
bergambar dengan awek2 la pulak dapat jam free tu...
Tapi apa yang aku boleh cakap kat sini, dinner pada malam tu memang happenning la. Aku dan member2 aku memang enjoy malam tu. Aku rasa orang lain yang pergi dinner tu pun mesti enjoy. Terima kasih kepada AJK2 MAK yang terlibat dalam menjayakan dinner ni...
nak g naik bas pun sempat bergambar lagi
Aku rasa cukuplah setakat ni entri aku yang panjang ni kan, entri ni macam personal cikit la. Aku just nak kongsi pengalaman aku je. Tq kepada sesiapa yang sudi baca cerita aku ni and kalau rajin komen2 la ye...
sekian...salam.
My First Blog (2008 until date)
3 years ago
yayyy! ade gmbar aku! hahaha
haha...mestila ade...u look gorgeous that night....hehehe... :p
wAkaKa. *blushing* every one is~ :D
WOW.. meriahnya.
Maza pernah hadiri MAK selama empat tahun. Dari tahun 1995/96-99/00.
Pada zaman tu ballroom hotel menjadi pilihan. Adakalanya berlumba2 dgn kolej lain majlis anugerah/malam anugerah siapa yang paling grand. Hotel terkemuka menjadi pilihan.
Ketika menyuap makanan artis-artis jemputan membuat persembahan. Artis popular dan baru hendak naik jadi penghibur. Paling tidak pun artis (penyanyi) kolej dijemput khusus.
Lepas majlis ada open floor dance. Jadi, ramai memilih untuk naik kenderaan sendiri berbanding naik bas UM. heheheh