Salam dan selamat malam kepada semua pengunjung blog aku ni. Tadi aku tatae nak buat ape, so pergi la bilik member aku then ada pulak paper kat bilik dia. So, aku dok baca la paper tu and sambil dok baca paper tu aku terbaca la satu info yang best.
So, aku rase tak salah aku nak kongsi info ni dengan pengunjung-pengunjung blog aku ni sebab maybe ada yang tak tahu lagi kan. Artikel yang aku baca tu berkaitan dengan persediaan sesorang untuk menghadapi sesi temuduga. Terdetik di hati aku ni nak share benda ni sebab aku rasa temuduga ni kebanyakkan orang akan laluinya kan.
Temuduga ni merupakan proses yang amat penting dalam hidup setiap orang kerana akan menjadi penentu masa depan dan kerjaya. So, ini merupakan 5 persediaan yang perlu anda lakukan sebelum menghadapi sesi temuduga :
1) Pakaian seperti anda ingin bekerja
-kebanyakkan penemu duga lebih senang melihat pemohon memakai pakaian kemas seperti
kemeja dan berseluar slack. Bagi wanita pula, anda disarankan tidak mengenakan pakaian
yang terlalu nipis dan seksi serta jangan memakai terlalu banayk aksesori dan bersolek
terlalu tebal. Kalau pihak penemu duga telah tetapkan pakaian untuk pemohon, sila ikut apa
yang telah ditetapkan
2) Buat kajian
-Pastikan sebelum menghadiri temuduga, anda meluangkan sedikit masa membuat kajian
mengenai syarikat tersebut. Selain itu pastikan anda tahu tugas-tugas yang diperlukan bagi
jawatan yang dipohon. Ini merupakan bonus kepada anda kerana mempunyai sikap ingin
tahu yang mendalam terhadap syarikat dan pekerjaan yag dipohon.
3) Jangan lambat
-Ini adalah antara perkara paling dilarang berlaku semasa menghadiri sesi temuduga.
Kejadian ini akan memberi kesan terhadap pandangan kepada anda walaupun anda
memberi alasan tersesat atau kesesakan lalu lintas. Jika majikan mula merasa tidak suka,
kemungkinan untuk anda memperoleh pekerjaan tersebut adalah tipis.
4) Tanya soalan
-Bukan hanya penemu duga yang boleh menanyakan soalan , anda juga boleh bersiap sedia
dengan beberapa soalan yang sesuai untuk ditanya kepada penemu duga. Ini juga penting
kerana ia menunjukkan anda bersungguh-sungguh mahukan jawatan tersebut. Antara
soalan yang sesuai ialah :
- Adakah syarikat ini menberi peluang kepada saya untuk belajar kemahiran-kemahiran baru yang lain daripada jawatan yang dipohon?
- Adakah saya akan dilatih terlebih dahulu untuk memahirkan diri dalam jawatan tersebut?
- Apakah perkara paling penting perlu saya tahu mengenai jawatan ini?
- Adakah sebarang persoalan yang bermain difikiran tuan untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang diri saya?
-Jangan berat mulut untuk mengucapkan terima kasih kepada penemu duga sebelum dan
selepas temuduga. Namun ingat, jangan terlalu banyak mengucapkan perkataan terima
kasih kerana ia boleh ditafsirkan oleh majikan sebagai terlalu mengampu @ hipokrit.
So, itulah sedikit sebanyak tips yang aku dapat share dengan korang semua tentang menghadapi temuduga ni.
Tidak kira sama ada ini merupakan kali pertama korang hadapi temuduga or kali ke-5 or ke-8 ke, yang paling penting adalah persediaan dari segi fizikal dan mental. Ok!!
Sekian...salam.
pasni ader harapan tngi nk dpt koje..tp kiter boleh ty diorg ker...ermmm..;)
bagus tips ni...
bulat: insyallah..ade harapan...boleh je sebab melalui itu akan nampakkan minat kita terhadap jawatan yg kita mintak tu..tp jgn tanya soalan xde kaitan la k.. :)
etomyam: yap..tips berguna ni sebab kebanyakkan org akan laluinya kan..
tips yang sngt bagus..thanx for sharing!
welcome sophie...hope it will help ...
dulu g interview..main ckp je apa yg ad dlm kpala..
time b'ckp, hnya Tuhan sja yg tahu betapa b'debarnya terasa..
tp Alhamdulillah, skrg da dpt keje..
government ag..
Syukur2
bagus tips nie..cukup berguna untuk sesapa yg nk interview..
aku_tiewa: itu la kan...bila da nervous ni..kita main ckp je ape yg ade dlm kepala...hehe...alhamdulillah la kalau da dpt keje kan..
akukahmilikmu: yap..harap tips ni berguna untuk sesiapa yang memerlukan...