PERHATIAN!!!

BLOG INI TELAH BERPINDAH KE DOMAIN YANG BARU
KLIK SINI

Handphone Aku..............

7

Category:

Akhirnya tamat la sudah peperangan aku untuk sem ni. Fuh, memang lega gile ar. Pasni memang aku leh enjoy ar puas2..hehe. Tapi disamping aku dok gembira meraikan tamatnya exam final aku, ade pulak perkara yang sedih bagi aku la yang terjadi. Haish..memang da takdir la...

Ape pulak perkara sedih yang terjadi ni ??Hari last aku exam tu handphone kesayangan aku telah dicurik!!!Bangang punya pencuri..nak curi handphone pun tinggalkan la sim card...huhu. Abis semua no. contact aku ilang. Memang redha je la aku bila perasan handphone aku dah dicurik...da memang benda nak jadi..terima je la kan...

Semalam aku terus gi celcom centre kt PJ...buat sim card baru tapi still pakai no hp lama tu la, malas la nak tukar2 no ni,kang nak kene bgtaw semua org yang aku kenal pulak satu hal kalau pakai no baru kan..lagipun sayang no hp lama tu..hehehe...

Read More

[Video]Haiwan Pun Tahu Merpertahankan Kawannya, Tapi Kita.....?

0

Category:

Salam, wah kali ni tajuk entri aku agak panjang la jugak kalau nak banding dengan entri2 sebelum ni kan. Tapi xpe, walaupun panjang aku harap ia dapat beri pengajaran kat kita semua. Arini awal aku bangun x cam biasa sebab pikir nak study pagi2 bagi senang ilmu masuk. Sambil2 tu buka la kosmo online baca2 berita terkini kan dan aku terbaca 1 kisah yang menarik perhatian aku.

Tajuk entri kt atas tu la yang nak cerita kt blog aku ni. Kejadian ni terjadi kt London la bukan kt negara kita..hehe..seekor tupai ni sanggup membahayakan nyawanya demi untuk mempertahankan kawannya walaupun kawannya tu da mati. Seekor2 burung gagak datang untuk makan bangkai kawan tupai tu, tapi tupai yang lagi satu tu still dok berdiri kat sini untuk halang burung gagak tu. Ni aku just ringkaskan je.Korang nak baca artikel penuh klik sini.. ni aku sediakan jugak video pasal tupai ni kt yang aku amik dari youtube...

Read More

3 Hari Tanpa "Si Dia"

2

Category: ,

Selesai sudah exam paper ku yang ke-4, tinggal lagi 2 paper yang akan aku tempuhi pada hari khamis nanti. Sementara dok tunggu mood study datang kembali, sempatla aku mencelah untuk update blog aku ni..hehe..

3 hari tanpa "si dia" ..fuh, mengancam tol tajuk kali ni. Aku ni memang xtaw la nak cakap macam mana, tapi memang betul la , aku memang xleh hidup la tanpa "si dia" ni. Memang boring tahap gaban wa cakap der. Sampai xtaw aku nak buat ape, memang tengah minggu final exam ni, study je la kan. Tapi aku nak tanya korang, leh ke korang do ngadap buku je, dk study 24 jam kan, aku rase korang pun xleh kan, nak study 2 jam pun da liat inikan pula 24 jam..hehehe..(aku la tu)..

Biasanya, aku study then rest jap smbil layan "si dia" ni la..hilang tension jap, tapi minggu lepas la minggu yang paling seksa bagi aku..dari hari jumaat(23/4) smpai hari ahad(25/4) "si dia" ni xde. Memang aku hilang arah terus(ayat gempak je)...tapi memang terasa la kehilangan "si dia" ni sangat2..member2 aku pun amat terasa kehilangannya...hehe..

Mesti korang dok pikir2 kan..sape la "si dia" yang aku maksudkan...hehe...meh ak gtaw.."Si Dia" tu ialah INTERNET....haha..waktu tu, kat U aku belajar ni dia tutup perkhidmatan wireless.So, xdapat la nak surf internet. Aku pun xtaw kenapa, tapi ade dengar2 gak sebab tmpat ak belaja ni dekat2 dengan tempat pilihanraya hulu selangor tu dan dia xnak pelajar terlibat , so tutupla wireless tu untuk 3 hari.....

Maybe ade hikmah kot disebalik perkara ni, salah satunya mungkin sebab aku kene study betol2 untuk exam final..hehe..selama ni dk study gak..tp study jap...layan FB punya lama...hehe...itu je untuk kali ni.Korang pun mesti ada yang memang xleh idup kan kalau takde internet ni....

sekian,salam....

Kes Rogol Semakin Menjadi-jadi

8

Category: ,


Alhamdulillah selesai sudah 2 paper untuk final exam ak, dan tinggal lagi 4 paper yang agak mencabar bagi aku . Sementara aku masih ade mase terluang ni eloklah rasanya aku update sikit blog aku ni kan. Sebelum aku cerita pasal tajuk entri kali ni aku nak terima kasih la kat korang yang sentiasa datang blog aku, support aku dari belakang, xde korang sapalah aku kan. Insyallah aku akan sentiasa jengok blog korang yang tinggalkan jejak kt sini.

Ok cukuplah tu membebel pasal benda lain. Tajuk entri aku kali ni berkaitan rogol..wahaha..ni first time aku wat tajuk pasal rogol ni. Aku bukan saje2 gatal nak buat tajuk ni, tapi sebab aku tengok benda ni da semakin menjadi2 pulak dalam masyarakat kita. Dan lebih teruk lagi ade kes yang budak2 yang xtahu ape2 lagi da kene rogol then ade yang kene bunuh...ish2..ape nak jadi dengan dunia sekarang kan...

Read More

Mr.Nuffnang Aku Suka Berjaga Malam??

7

Category:


Salam to all bloggers yang berjaya menjejak kaki secara maya di blog aku ni..hehe..Sebenarnya, aku da nak tido da ni sebab esok ade exam TITAS kul 8.30pg, tapi sebelum tido ni aku nak update la jap blog aku ni.

Entri ni pendek je sebab aku just nak gtaw korang ape yang aku perasan terjadi kat blog aku sejak kebelakangan ni. Kalau korang tengok tajuk entri aku tu rasenya korang da taw kan aku nak cakap pasal sape..hehee..Semestinya yang hot lagi popular tu la..Cik Nuffnang kita.

Read More

Maka Bermulalah ia.....

8

Category:


Salam semua kepada pengunjung2 yang setia mengunjung blog aku ni. Tanpa korang semua, blog aku ni macam x bernyawa la. Dalam post sebelum ni kalau korang ade baca, aku ada cakap ak sibuk skng and susah nak update blog. Tapi korang tengok je la skng ni..aku tengah update blog la ni...hehe..saje curi sikit masa study aku nk tulis post ni...

Sebenarnya aku tulis entri ni pun sebab nak gtaw je kat member2 blogger aku ni yang dengan rasminya exam final aku bermula..20 april 2010...ade sesetengah Universiti or kolej da start final and ade yang da abis n sronok bercuti da pun skng. Tapi aku yang dok kt UM ni baru je nak start..lambat lagi la cuti...

Ape2 pun, kita mesti cool walaupun exam da mula..hehe..untuk member2 aku yang baca post ni anda member2 blogger yang turut sama menghadapi final exam..gud luck to all of you n we will do our best ok!!

sekian, salam..

p/s:mengharap doa2 dari korang semua..tq all... ;)

20 Tahun Aku Hidup Didunia ini.....

13

Category:

Salam semua kepada pengunjung blog aku. Sebenarnya aku tak terlintas pun kat fikiran aku ni nak update blog sebab untuk waktu skng ni aku dok fokus kat final exam yang akan mula minggu depan, 20/4..So, minggu ni minggu study week la.

Apa kaitan tajuk entry kali ni dengan aku kan??mesti korang dok tertanya-tanya..hehe..sebenarnya hari ni tepat jam 12.01am, 15 april- genaplah aku hidup di dunia ni selama 20 tahun. Hari jadi aku hari ni. So, saje sambil dok study ni , tension dok stdy programming(data structure), aku pun isi la masa jap nak tulis post ni..

Selama aku hidup 20 tahun kat dunia ni, memang banyaklah pengalaman yang aku dapat, aku bersyukur sangat2 sebab dengan pengalaman2 yang aku ade itu lah, aku menjadi diri aku yang sekarang, n aku jugak bersyukur kpd Allah sebab masih memberi aku peluang untuk bernafas diatas dunia ciptaanNya ini.

Hari jadi aku kali ni seperti biasa, no celebration just like before, tambah2 pulak dok tengah fokus nak exam ni. Aku da biasa da, x mengharap hadiah or wish dari semua2 org yg aku kenal, cukuplah dari family aku sendiri.

Aku rasa cukuplah setakat ni dulu, aku nak sambung study lagi cikit. Sorry sangat2 coz aku memang jarang update blog aku sekarang. After all settle, aku nak aktif blogging semula....so..korang semua tunggu aku k...hehehe..

sekian, salam....

Sorry ...

2

Category:

Salam kepada pengunjung blog aku ni..post kali ni ak pendek je sebab aku nak inform kat korang semua yang aku sekarang sudah jarang update blog aku ni. Aku sibuk sangat2 bulan lepas n bulan ni . Pastu bulan ni pulak final exam , memang aku kalut la sekarang ni sebab banyak lagi subjek tak cover. So aku nak minta maaf kepada sapa2 yang visit blog aku ni kerana aku x visit blog korang semula. Insyallah bila semua dah selesai, aku akan aktif berblogging semula okeh.

Harap korang doakan kejayaan aku menghadapi final exam nnt.

Sekian...salam.

Related Posts with Thumbnails

Sign MyGuestBook Here

Guestbook

Followers